Kita yg buta dan tuli

Tersebutlah kisah seorang ayah yang mempunyai seorang anak. Ayah ini sangat menyayangi anaknya. Pada suatu hari minggu, si ayah mengajak anaknya untuk pergi ke pasar malam. Mereka pulang agak lewat.Di pertengahan jalan, si anak melepaskan tali keledarnya kerana merasa tidak selesa. Si ayah berkali-kali menyuruh anaknya memasang kembali, namun si anak tidak menurut.

Tiba di satu selekoh yang tajam, tiba2 ada sebuah kereta lain bergerak laju dan kelihatan seperti tidak terkawal. Ternyata pemandunya mabuk. Perlanggaran tak dapat dihindarkan. Si ayah selamat, namun si anak terpelanting keluar. Kepalanya menghentam jalan dan menderita gegar otak yang cukup parah. Setelah berapa lama dirawat di hospital, akhirnya si anak pulih kembali ingatannya, namun dia tidak dapat melihat dan mendengar apapun. Buta dan tuli si ayah dengan sedih hanya mampu memeluk erat anaknya kerana dia tahu hanya sentuhan dan pelukan seperti itu saja yang dapat anaknya rasakan.

Begitulah kehidupan si ayah dan anaknya yang buta tuli ini. Dia senantiasa menjaga naknya. Suatu ketika si anak kepanasan dan minta ais, tetapi si ayah diam saja, kerana dia tahu anakna sedang demam dan ais hanya membuat demamnya semakin teruk.Dalam suatu musim dingin, si anak memaksa berjalan ke tempat yang hangat, namun si ayah menarik kuat sehingga melukakan tangan si anak kerana ternyata tempat hangat tersebut tidak jauh darin sebuah bangunan yang sedang terbakar.

Pada masa yang lain pula anaknya kesal kerana ayahnya membuang permainan tin kesukaannya. Si anak sangat marah namun si ayah hanya mampu menghela nafas. Komunikasinya terbatas. Ingin rasanya dia menjelaskan bahawa permainan tin itu sudah berkarat dan tajam. Namun apa daya si anak tidak dapat mendengar. Hanya dapat merasakan. Dia hanya mampu berharap anaknya percaya kalau dia hanya melakukan yang terbaik untuknya.

Saat2 paling bahagia si ayah adalah saat dia mendengar anaknya mengutarakan perasaannya, isi hatinya. Saat anaknya mendiamkan diri,dia merasa terseksa. Namun dia sentiasa berada di samping anaknya, setia menjaganya. Dia hanya mampu berdoa dan berharap, jika suatu saat Allah dapat memberi mujizat. Setiap hari jam empat pagi, dia bangun untuk mendoakan agar anaknya sembuh seperti sediakala.Setiap hari dia melakukannya.

Beberapa tahun berlalu. Pada suatu pagi yang cerah, sayup2 bunyi kicauan burung membangunkan si anak. Ternyata pendengarannya pulih! Anak itu berteriak kegirangan, sampai mengejutkan si ayah yang tertidur di sampingnya. Kemudian disusul oleh penglihatannya. Ternyata Allah telah mengabulkan doa si ayah. Melihat rambut ayahnya yang telah memutih dan tangan si ayah yang telah mengeras penuh luka. Si anak memeluk erat si ayah sambil berkata.

“Ayah terima kasih kerana selama ini telah setia menjagaku”

—-dipetik dari Majalah Blues isu 93 15 Mac 2006—–

Terkadang seperti si anak itulah tingkah kita, buta dan tuli, tidak mahu sedikit pun mendengar dan melihat sekeliling kita. Tapi Allah sebagai ‘ayah’ Yang Maha Baik dan Setia pada kita. Dia selalu dengan sabar menuntun dan menolong kita. Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita, sedangkan kita hanya hamba-Nya yang lemah dan selalu lalai serta kita juga selalu tidak tahu apa yang terbaik buat diri kita. Oleh itu renungilah diri kita.. Di saat kita kehilangan sesuatu yang ‘terbaik’ pada kita, sesungguhnya kita masih ada Allah Yang Maha Kaya dan Maha Mengetahui….dan sentiasa ada hikmah menanti di sebaliknya.. Dan juga ingatlah dunia hanya sementara…tujulah akhirat yang kekal abadi…